Saturday, 14 June 2014

Interview at SSM (Lesen Company Secretary)



    Pada 12 June 2014, Saya telah menghadiri temuduga untuk mendapatkan lesen Company Secretary Di SuruhanJaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi pada mereka yang tidak mengetahui, Company Secretary bukan secretary kepada boss (Seperti P.A) tetapi company secretary yang di masukkan di sini adalah salah satu badan proffesional setaraf dengan Auditor.

Kepada yang ingin mendaftar untuk lesen ini. Anda perlu mempunyai pengalaman dalam bidang ini.  :-
  • SPM 5 Tahun pengalaman keje
  • Diploma ditambah 3 tahun pengalaman kerja
  • Degree ditambah setahun pengalaman keje.
Anda juga perlu mendapatkan satu surat recommendation letter dan juga menunjukan bukti Pengalaman.

Cara Mendaftar
  1. Sediakan Dokument yang Lengkap bersama borang 48B (Contoh Borang boleh di dapati di Website SSM atau Muka surat Belakang Companies act 1965) & Cover Letter
  2. Pergi Ke tingkat 17 dan membuat bayaran Sebanyak RM50.00
  3. Selepas membuat pembayaran, anda WAJIB menyimpan resit untuk rujukan 
  4. Dalam tempoh 3 Bulan anda akan di panggil.
Status Permohonan
  • Dalam tempoh (1 bulan) SSM akan membalas status permohonan tuan/puan. (SSM sangat lambat membalas, adalah amat di galakan kan untuk menunggu dengan sabar).
  • Dalam beberapa bulan anda akan dapat surat yang menyatakan tarikh Temuduga anda.
Hari Temuduga (Cerita Berdasarkan Pengalaman Saya)
  •  Pada hari temuduga, Anda di kehendaki datang pada Jam 9:00 Pagi, terdapat 2 sesi iaitu sesi ujian menulis dan temuduga bersama pegawai SSM. Terdapat 8 calon menghadiri dan saya yang paling muda.
  • Ujian Bertulis : Terdapat 10 Soalan, dan semua soalan adalah berdasar kan Companies Act 1965, contoh soalan adalah seperti , 1. Types of Companies based on Section 9, and what section cover for proxy?
  • Bagi saya, ujian bertulis ini sangat mudah, kerana anda perlu menghafal section, dan soalan adalah straight forward. Sangat Berlainan dengan soalan semasa Degree
  • Selepas selesai ujian menulis, anda akan di panggil untuk temuduga, dan saya merupakan calon yang ke lima
  • Selepas bbrp jam menunggu, saya di panggil untuk sesi temuduga, terdapat 3 panel temuduga 2 malay and 1 Chinese.
  • Mereka bertanya tentang section, untuk tips semua. adalah amat digalakkan untuk menghafal companies act 1965. Sesi temuduga berlangsung selama sejam.